I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 12, 2012

UUM Cultural Festival 2012....Coming Soon!!!

Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menganjurkan " UUM Cultural Festival 2012 " yang akan berlangsung pada 21 hingga 27 April 2012 bertempat di Dewan Budi Siswa, Auditorium dan Dataran Budaya.





Jangan Lupa Datang Beramai-ramai untuk memeriahkannya...jumpa disana!!

DR M datang UUM lagi...







Selamat Menyambut Hari Pengasasan UUM ke 28,       


2012 bersama 


TUN MAHATHIR dan isteri......

Tuesday, April 3, 2012

UUM IPT PERTAMA JALIN KERJASAMA DENGAN DATUK SHAKE



Universiti Utara Malaysia (UUM) muncul sebagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pertama di negara ini yang menjalin kerjasama bersama penyanyi terkenal, Datuk Shake dalam menjayakan Minggu Setiausaha pada 21 April 2012 di Hotel Equatorial, Pulau Pinang.
Datuk Shake berkata, ini merupakan kerjasama pertamanya dengan IPT di negara ini sepanjang karier beliau sebagai penyanyi.

“Di Eropah dan Amerika Syarikat ianya bukan perkara baru kerana kebanyakan penyanyi akan menjadikan universiti sebagai pentas untuk mengembangkan bakat dan mencari peminat.


“Malah sekalung tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada UUM kerana memilih saya untuk menjayakan Minggu Setiausaha yang pertama di negara ini yang bakal diadakan di utara tanah air,” katanya selepas ditemui pada sidang media majlis berkenaan di Hotel Seri Pacific, semalam.

Sementara itu, Pengarah Canselori, Baharudin Yaacob berkata, program anjuran Jabatan Canselori UUM dengan kerjasama Persatuan Setiausaha UUM (SETIA) ini  diadakan bertujuan melahirkan setiausaha yang profesional, berdaya saing dan berpandangan jauh dalam melaksanakan amanah yang diberikan demi mencapai objektif dan kecemerlangan organisasi.

Disamping itu, program  ini juga merupakan satu bentuk penghargaan yang tinggi kepada setiausaha yang menjadi antara nadi penggerak utama yang menentukan kejayaan sesuatu organisasi.

Katanya lagi, disamping dapat memberi pendedahan dan transformasi kepada mereka dalam mempertingkatkan tahap profesionalisme kerjaya setiausaha, program ini juga  dapat memperluaskan jaringan hubungan di antara setiausaha di peringkat kebangsaan demi manfaat bersama.

Presiden SETIA, Siti Aizian Ismail mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan universiti kerana memberi kepercayaan kepada SETIA dalam menganjurkan program ini.
“Kita semua sedia maklum bahawa program seperti ini hanya dianjurkan oleh pihak swasta dan SETIA merupakan satu-satunya Persatuan Setiausaha IPT di Malaysia yang julung kalinya mengadakan program seperti ini,” tambah beliau.

Minggu Setiausaha yang bertemakan From Paris With Love ini turut  menampilkan pesembahan Juara One in a Million musim ketiga dan Idayu Akademi Fantasia musim ketiga.